Pada malam hari Jumaat minggu lepas,diadakan satu talk yang bertajuk "Adakah Kita Profesional Muslim?" yang dianjurkan oleh Nursing's Students Society (NURSS) bertempat di Lecture Hall Kulliyyah of Pharmacy ,UIAM Kuantan. Penceramah jemputan adalah Ustaz Pahrol Mad Juoi,beliau merupakan Editor Majalah Solusi ,majalah Islamik terlaris masa kini,beliau juga merupakan seorang penulis buku terbitan Telaga Biru Publication,antara buku-buku beliau adalah
- Nota Hati Seorang Lelaki
- Tentang Cinta
- Satu Rasa Dua Hati
Beliau juga banyak menulis lirik lagu nasyid,antaranya "Sumayyah" dan "Suci Sekeping Hati".Maklumat lanjut mengenai beliau boleh dilawati di genta-rasa.com
Semasa menghadiri ceramah,beliau ada menayang sedikit tayangan video yang disunting dari filem "Laskar Pelangi ",terus saya tertarik untuk menonton filem ini kerana dalam klip video tadi ada disampaikan mesej tazkirah. Sebenarnya sebelum ini,saya sudah pernah mendengar tentang filem ini,tapi tidak jelas mengenai sinopsis dan genrenya,saya ingatkan cerita ini adalah sebuah filem "jiwang" yang biasa dari Indonesia,rupanya filem ini lansung tidak ada elemen "cinta".Saya mungkin agak terlambat menonton filem ini kerana ia sudah lama ditayangkan,dan sudah ada sekuelnya pun, iaitu Filem"Sang Pemimpi"
Filem ini sebenarnya diadaptasi dari kisah benar,cuma ada sedikit tambahan watak baru.Filem ini penuh dengan cerita lucu,ceria,suka dan duka.Rugi tak tengok !
=)