Ikut Akal Atau Perasaan ?



Kalau Ikut Akal

Akal yang waras tahu apa yang empunya akal perlu buat untuk berjaya,dunia & akhirat
Akal yang waras tahu apa yang empunya akal perlu buat untuk sihat ,rohani & jasmani

Akal yang waras & dipandu ilmu yang bermanfaat
Selalunya akan membawa empunya akal ke jalan yang lurus..
Tak akan membiarkan empunya akal ke lembah kehinaan & kerugiaan
Tak membiarkan sesaat pun berlalu begitu sahaja
Pendek cerita,akal yang waras selalunya akan membawa kepada kejayaan & kebahagiaan


Kalau Ikut Perasaan

Perasaan pada kebiasaannya adalah kurang "bijak" kalau nak dibandingkan dengan akal
Perasaan tidak tahu membezakan yang mana baik & yang mana buruk
Orang yang terlalu mengikut perasaan & melulu
Selalunya adalah orang yang jahil & lemah,tidak berfikir panjang.

Terlalu mengikut-ikut perasaan akan membawa kebinasaan diri sendiri
Kehinaan.
Kekacauan jiwa.
Pendeknya akal.
Banyaknya tidur dek tak jelas tujuan hidup
Malasnya beribadah dek nafsu jahat yang selalu mengajak kepada menjauhi Allah
Mesti syaitan suka orang yang macam ini.


Solusi

Ikutlah kehendak akal bukan tuntutan perasaan yang keterlaluan
Kerana ,akal selalunya mengarahkan diri kepada BAHAGIA & KEJAYAAN

Terlalu mengikut perasaan tanpa tapisan akal yang waras
Selalunya akan membawa kepada KEHINAAN,KEBINASAAN
DIRI,KEBODOHAN,KEGAGALAN.Bak kata orang-orang tua
Ikut hati. Mati .So,apa yang ditunggu lagi?






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails