Budak balik sekolah @ Padang Menora
--------------------------------
Alhamdulillah , exam final tahun dua selesai sudah , moga-moga keputusannya nanti lebih baik dari yang sebelumnya . Dan sekarang , waktu yang dinanti-nanti telah tiba , cuti panjang kembali lagi ! Harapnya macam-macam cerita baru , pengalaman-pengalaman baru , ilmu baru dan aktiviti-aktiviti baru bakal dikutip & dirakam sepanjang cuti panjang ini , inshaAllah !
Moga , masa yang ada dapat dirancang dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin . inshaAllah !
Bang Mad kahwin !
Oh ya ! lupa pulop ! Buat sahabat-sahabat yang bakal membina masjid nanti
( ramai betul sekarang ni orang kahwin ! pelik & jeles betul kome ! hehe ) ,
Selamat Pengantin Baru diucapkan ,
moga bahtera yang bakal ikatan yang bakal disimpulkan kerana Allah ,
berkekalan hingga ke syurga hendaknya . Amin ! inshaAllah !
-------------------------------------------------------
Masa ibarat nyawa bagi manusia
Mestilah diurus dengan bijaksana
Hargailah masa dengan sebaiknya
Supaya tidak tugi
Renunglah masa yang telah berlalu
Ia tak akan boleh datang kembali
Ambillah iktibar untuk diteladani
Agar terbentuk peribadi yang murni
Isilah masa jangan dipersiakan
Rancanglah dengan teliti dan berkesan
Ilmu dicari luaskan pengalaman
Ibadah dilupa jangan
Perjalanan masa tak menunggu kita
Semakin lama usia bertambah tua
Bertuah kita jika dapat mencapai
Umur dan amalan seiring usia
Masa muda jangan ikut perasaan
Masa tua biasanya serba tak senang
Datang bermacam sakit yang tak diundang
Mulakanlah ibadat dari sekarang
Hidup dibina berlandaskan kebenaran
Semoga pulang dengan hati yang tenang
Masa di dunia hanyalah sementara
Masa di akhirat kekal selamanya
Marilah tunaikan kewajipan kita
Pada yang Maha Esa
Masa tidak akan merugikan kita
Bila diatur dengan penuh sempurna
Seperti yang dituntut oleh agama
Hidup pastikan sejahtera selama
Masa , Rabbani