Salam Aidilfitri 2010 !

59526_147767548590784_100000726185755_273180_4211605_n

----------------------------------


Aidilfitri menjelang tiba, e-card pengganti diri.. Ramadhan yang berbaki jangan disia-sia...=)

Sebarang salah laku & tingkah ku/saya mohon dimaafkan , samada yang ku/saya disedari atau yang tidak ku/saya sedari , samada di depan kalian ataupun di belakang kalian , jika ada hutang atau urusanku/saya bersama kalian yang masih belum selesai , ku/saya mohon diingatkan & mohon di selesaikan ( mungkin kadang-kadang terlupa ) .

Salahku/saya , hutang-hutangku/saya & urusan duniawi sesama insan HANYA dapat diselasaikan sesama insan.

Aku/saya hanyalah seorang insan yang banyak kekurangan & banyak membuat khilaf sesama insan . Mohon di maafkan segala kekhilafan , moga ukhuwwah kita kekal selamanya nya . Ikhlaskan hati mohon kemaafan & memberi kemaafan , leburlah dosa di tapak tangan .

Salam Aidilfiri Semua . ;)

----------------------------------------------


Buat semua yang mengenali diri ini :

1. Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara , Changlun (1996-2000)
2. Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah , Arau , Perlis ( 2001-2003)
3. Maktab Mahmud Alor Setar , Alor Setar , Kedah (2004-2005)
4. Darul Quran (JAKIM) - Persijilan Darul Quran (DQ) bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (2006-2007)
5. Centre For Foundation Studies (CFS) , International Islamic University Malaysia (IIUM/UIAM) (2008-2009)
6. International Islamic University Malaysia (IIUM/UIAM) , Kuantan Campus , Pahang ( 2010-sekarang)


----------------------------------------------

Lebaran Ini

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi
Kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakan-Nya
Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada tuhan
Atas nikmat yang datang limpahan-Nya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa ditapak tangan
Lupakan segala silaf dan salah
Insan bersatu membina umat
Allah


--------------------------------------

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails