---------------------------------------------------------------------------
“ Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main.
Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui . ”
(QS. Al ‘Ankabuut : 64)
Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui . ”
(QS. Al ‘Ankabuut : 64)
---------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah ..Genaplah 3 bulan cuti semester , selesailah lah sudah percutian fizikal , minda & jiwa . Cuti panjang memang selalunya tak mengecewakan , peluang untuk merehatkan minda & jiwa dari segala kegalauan .Kadang-kadang bila sudah jauh tersesat , kita perlu berhenti seketika , kembali mencari kedamaian hati yang dulu pernah mendiami taman hati , begitu mahal harga ketenangan itu .
Terima kasih yang tak terhingga buat pemilik diriku , kerana telah mengizinkan aku bercuti panjang lagi untuk tahun ini , cadangnya memanglah tak mahu bercuti panjang , tapi , benarlah , Allah lah terbaik dalam merancang dan Dia-lah sebaik-baik perancang . Terima kasih Allah kerana telah mengizinkan aku berjalan & melihat tanda-tanda kekuasaan-Mu di bumi ini . Pulau-pulau , bukit-bukau , gunung-ganang , serta sungai yang mengalir memang tanda kekuasaan-Mu dan beruntunglah buat yang mahu berfikir .
Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku sekali lagi mencari makna kedamaian & ketenangan di Padang Menora . Tempat yang paling sesuai & tepat untuk mengkoreksi diri & kembali mengatur diri di jalan-Mu , tempat yang paling sesuai untuk belajar mengenal erti sebenar adab & tertib menuntut ilmu , tempat yang paling tepat untuk mengingati kembali ayat suci al-Quran yang sudah semakin pudar dalam ingatan.
Cuti panjang memang mengeratkan serta menguatkan kembali kekeluargaan & menyedarkan diriku kembali , siapakah diriku aku sebenarnya di bumi-Nya yang fana ini .
Sekarang , aku sudah bergelar second-year students , moga bermulanya semester & tahun yang baru ini , aku dapat berubah menjadi seorang pelajar yang lebih cemerlang dan lebih berdisplin dari tahun sebelumnya , juga menjadi seorang hamba Allah yang lebih istiqamah dan taat menunaikan segala tanggungjawabku sebagai seorang anak , hamalatul Quran , kawan , sahabat & hamba .
Time cuti kita cuti sungguh-sungguh ..time belajar kita belajar sungguh-sungguh ! Tak gitu ? =)
Time cuti kita cuti sungguh-sungguh ..time belajar kita belajar sungguh-sungguh ! Tak gitu ? =)