
al-Quran by " Hope! "
Rindu betul pada ketenangan & kedamaian di Darul Quran , peluang untuk menghafal
al-Quran di Darul Quran , Kuala Kubu Bharu (JAKIM), bagiku,adalah satu nikmat yang tak mungkin sama dengan nikmat-nikmat lain di dalam diari hidupku .Memang sebuah kenangan yang tidak ternilai .Alhamdulillah ...Segala puji-pujian buat pemilik alam yang menghadiahkanku nikmat ini..

Merindui Darul Quran
Kali terakhir aku melawat Darul Quran mungkin 2 tahun lepas , tenang & damainya Darul Quran masih sama , cuma,suasana nya sudah berbeza .Mungkin kerana sahabat-sahabat yang mencipta suasana dahulu sudah tiada .Suasana pada firasatku , dicipta oleh manusia , dan bukan tempat itu sebenarnya .Jadi,mungkin agak mustahil untuk mendapatkan kembali suasana "sejibik" macam dulu .Kenangan hanya tinggal kenangan , dan hidup ini perlu diteruskan.

Masjid Darul Quran
Mungkin boleh diceritakan serba-sedikit mengenai Darul Quran untuk tujuan perkongsian kita bersama .Setelah melalui beberapa "interview",Alhamdulillah , aku dipilih untuk bergelar pelajar Darul Quran ,di bawah Program Persijilan Darul Quran , program usahasama Darul Quran (JAKIM) bersama-sama Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) , aku berada di sana selama setahun setengah (18 bulan) dari tahun hujung tahun 2005 hingga pertengahan 2007,dan wajib menghabiskan hafalan 30 Juzuk al-Quran dalam tempoh itu.Di sini juga terdapat Program Diploma Darul Quran ,tempoh pengajian untuk diploma adalah selama 3 tahun.

Pelajar Perempuan Darul Quran (Banat)
Dari segi geografinya , Darul Quran terletak agak terpencil dan tersorok di pekan kecil , Kuala Kubu Bharu , Selangor .Tempatnya memang sunyi dan damai , dengan kiri-kanan bukit ,tasik yang luas yang tenang , ditambah pula dengan kedudukan strategik Masjid Darul Quran yang betul-betul ditepi tasik.

Pelajar Lelaki Darul Quran (Banin)

Di Perpustakaan Darul Quran (Maktabah) #1
Dari segi suasana , di sini boleh dikatakan di setiap sudut , pasti akan bergema alunan suara-suara membaca al-Quran , tak kira lah dimana pun , di tepian tasik , di masjid, di wakaf , di asrama dan di kelas .Tempat yang menjadi tumpuan pelajar selalunya adalah di masjid .Waktu favourite untuk menghafal selain waktu kelas pagi , adalah waktu selepas Zohor sampai Asar dan waktu antara Maghrib & 'Isyak.

Di Perpustakaan Darul Quran (Maktabah) #2

Dewan Peperiksaan
Kenderaan utama para pelajar di Darul Quran adalah , basikal.
Merata tempat pasti ada basikal , macam-macam model ada , BMX ada , basikal tua ada , dan macam-macam jenis lagilah .Darul Quran ini memang agak luas ,kalau nak kelas atau ke padang berjalan kaki memang agak mengambil masa , disebabkan motor dan kereta tidak dibenarkan di Darul Quran ,maka hanya basikal yang menjadi pilihan pelajarnya .Selain berbasikal , berkayak di tasik juga menjadi hobi sebahagian besar penuntut di bumi barakah ini..Tidak dilupakan aktiviti berenang di tasik "walaupun secara "tidak halal" " , juga menjadi hobi pelajar-pelajar lelaki (atau lebih dikenali dengan panggilan banin) di sana.

Bergambar di padang , batch AQRAB
Itulah mungkin serba-sedikit ceritera yang aku boleh kongsikan bersama.
Mungkin ini adalah salah satu cara aku menzahirkan kesyukuranku kepada Allah.
Moga sama-sama kita berkongsi pengalaman & mengambil 'ibrah jika ada.
Hingga bertemu lagi dilain entry.

Darul Quran #1

Darul Quran #2

Darul Quran #3
Epilog
Teman
Bagai semalam baru kita bersua
Membina ukhuwwah bersama-sama
Bermusim kita melakar nostalgia
Nostalgia yang tak mungkin dilupakan
Teman
Di bumi barakah ini kita berkumpul
Mengutip butiran mutiara kalam milik-Nya
Bergandingan kita bersama
Susah & senang kita kita tempuhi jua
Kini
Telah tiba saat dan tika berpisah
Sendirian kita mengorak langkah
Menentu jalan dihadapan
Yang masih amat panjang & berliku
Yang rasanya kita masih kabur akan tujuannya
Nanti
Kita sendiri membawa haluan masing-masing
Yang belum ditemani sahabat
Kembali kita di dunia yang penuh cabaran & mehnah
Moga keimanan dan ketaqwaan yang sekian lama
Terbina disini menjadi benteng buat kita
Menghadapi hari-hari esok disana
Darul Quran
Tak terungkapkan keasyikkanku tika berada disisimu
Tak tercarikan ketenangan & kedamaian serupa denganmu
Akan ku kenang segala memori kita bersama
Selamanya
Selamat Tinggal Darul Quran
(Dipetik dari Majalah Persijilan Darul QURAN-UIAM Generasi ke-7 )

Pelajar Banin Persijilan Darul Quran sedang berada dalam kelas tasmi'
Photos by Flickrian , Jazakalallah Khairan Jazak :
spiker88 * Hope ! * yadziz * annamir * emran MT * Jaiorgjohor * zzclef * AQRAB * Me!